Back To Halal News

Mar 31, 2026 9PM

Amaran IMF: Perang Asia Barat tekan ekonomi global, tingkat harga dan inflasi

author

BERNAMA

Pergolakan di Asia Barat menjejaskan ekonomi global secara tidak seimbang, tetapi kesemua senario menunjukkan peningkatan harga dan pertumbuhan yang lebih perlahan, menurut laporan PA Media/dpa yang memetik amaran badan ekonomi berpengaruh.


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang berfungsi menyediakan nasihat dasar serta bantuan kewangan kepada negara anggota, menyatakan komitmennya untuk memperluas sokongan, terutama kepada ekonomi yang paling rentan terhadap risiko.


Ahli ekonomi IMF menyatakan dalam hantaran blog pada Isnin bahawa impak peperangan itu “bersifat global dan tidak sekata,” serta boleh mencetuskan semula tekanan kos sara hidup di sesetengah negara.


Pengimport tenaga utama di Asia dan Eropah kini berdepan tekanan susulan kenaikan harga bahan api dan kos input, selepas penutupan berkesan Selat Hormuz yang mengganggu sepenuhnya penghantaran minyak dan gas.



Menurut IMF, negara seperti United Kingdom (UK) dan Itali paling terdedah berikutan kebergantungan kepada penjanaan tenaga berasaskan gas, manakala Perancis dan Sepanyol lebih terlindung hasil penggunaan tenaga nuklear serta sumber boleh baharu yang lebih meluas.


Organisasi itu turut memberi amaran mengenai peningkatan risiko lonjakan harga makanan akibat gangguan bekalan baja dari Asia Barat.


"Gangguan bekalan nutrien tanaman dari rantau Teluk berlaku tepat pada masanya ketika musim menyemai bermula di Hemisfera Utara, sekali gus mengancam hasil serta tuaian sepanjang tahun ini dan melonjakkan lagi harga makanan," menurut badan itu.


IMF memberi amaran, negara yang paling rentan dijangka “menanggung beban paling berat,” memandangkan penduduk berpendapatan rendah menghabiskan sebahagian besar pendapatan mereka untuk makanan.


"Walaupun peperangan itu boleh mencorak ekonomi global dalam pelbagai cara, semua jalan membawa kepada harga yang lebih tinggi dan pertumbuhan yang lebih perlahan,"  kata badan itu dipetik Bernama.


Menurut IMF, kesan akhir peperangan bergantung kepada tempoh konflik serta sejauh mana infrastruktur dan rantaian bekalan terjejas. Namun, organisasi itu memberi amaran bahawa dunia berkemungkinan “berada di tengah-tengah – ketegangan berterusan, harga tenaga tinggi, dan inflasi sukar dikekang.”


Institusi kewangan antarabangsa ini kini menyediakan sokongan kepada kira-kira 190 negara anggota melalui nasihat dasar, serta bantuan kewangan yang diselaraskan dengan komuniti antarabangsa apabila diperlukan.




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

01 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:55

mosque
imsak

Imsak

05:55:00

fajr

Fajr

06:05:00

syuruk

Syuruk

07:12:00

dhuhr

Dhuhr

13:20:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase